daly filsuf kenang kenangan şarkı sözleri

Aku tak suka simpan kenangan Tapi dengan mu aku buat sedikit perubahan Kisah-kisah kita Ceritera cinta kita Bohonglah kalau aku katakan aku sudah lupa Dari alam remaja sampai ke dewasa Dari zaman persekolahan dan bekerjaya Aku masih ingat semua Kita berjaya ubah benci menjadi suka Kita dan dunia kita Tak pernah aku berikan seluruh hati Tak pernah aku berkorban dengan sepenuh jiwa Aku ikut kata hati Kalau kita dah suka bunga Jangan takut dengan duri Kerna akan sentiasa ada lebah yang datang untuk mencabar Terbang berlegar-legar Cuba hidu harum Cuba curi kuntum Cuba untuk cuba Aku hanya senyum Aku tak suka simpan kenangan Tapi dengan mu aku buat sedikit perubahan Kisah-kisah kita Ceritera cinta kita Bohonglah kalau aku katakan aku sudah lupa Bagaimana aku boleh lupa Kau yang temukan aku dengan luka Kau perkenalkan aku dengan duka Kau ingin aku menjadi sahabat karib dengan hiba Kau mahu aku berjabat tangan Dengan derita dengan sengsara Dengn merana dengan kecewa Kau ingin aku bermusuhan dengan bahgia Kau berjaya ubah suka menjadi lara Syabas Begitu hebat lakonan mu seperti didalam sandirwara Engkaulah pelakon Engkaulah sutradara Kau buat aku seperti pelakon yang utama Rupa-rupanya hanya tambahan semata-mata Licik seperti rubah kau ubah Hingga kau tak perasan kau berubah Sungguh luar biasa Dalam ku sudah terbinasa Ala bisa tegal biasa Aku tak suka simpan kenangan Tapi dengan mu aku buat sedikit perubahan Kisah-kisah kita Ceritera cinta kita Bohonglah kalau aku katakan aku sudah lupa Sabarlah hati Kau tak bersalah Mungkin aku cuba lagi Mungkin aku mengalah Mungkin kan datang hari Tunggu angin tukar arah Manalah tahu cuaca akan cerah Takkanlah nak mendung berhari-hari Takkanlah nak ribut berkali-kali Kita harus yakin hai wahai hati Selepas hujan berhenti pasti ada pelangi Aku tak suka simpan kenangan Tapi dengan mu aku buat sedikit perubahan Kisah-kisah kita Ceritera cinta kita Bohonglah kalau aku katakan aku sudah lupa Aku tak suka simpan kenangan Tapi dengan mu aku buat sedikit perubahan Kisah-kisah kita Ceritera cinta kita Bohonglah kalau aku katakan aku sudah lupa
Sanatçı: Daly Filsuf
Türü: Belirtilmemiş
Ajans/Yapımcı: Belirtilmemiş
Şarkı Süresi: 3:04
Toplam: kayıtlı şarkı sözü
Daly Filsuf hakkında bilgi girilmemiş.

Fotoğrafı