idris aruthr permainan tidur şarkı sözleri
Macam seronok, bila ngantuk
Bantal disorong, terus tertidur
Kembara ke alam al-mithal yang tampak sempurna
Di mana terletaknya utopia, tempat yang indah seolah-olah syurga
Semua yang dihajatkan seperti dikabulkan
Dalam permainan tidur segalanya dipertunjukkan
Akhirnya karyaku dapat beri ku makan
Mampu tinggalkan impak umpama Linkin Park
Bukan just diami malah miliki rumah yang diidam
Dapat berpasangan dengan gadis pilihan
Kawan rapat ngan idola tak main takat peminat
Kehidupan ideal dalam mimpi ku jadikan impian
Setelah terjaga! Ku bangun dari lena
Lekas bersiap sedia dan mulakan kerja
Sambil keinginan bawah sedar ku kendung bersama
Di belakang minda ku setkan sebagai matlamat
Oh Tuhan, tolonglah
Tunjukkan jalannya
Sekiranya ia nyata
Bukan mainan tidur saja
Jadi, hari-hari aku cuba lagi
Terus berdedikasi buat motif sebagai motivasi
Waktu siang cari modal, 'tika malam kejar dreams
Jarang dah ke alam astral, nak alami secara realiti
Praktik semua ilmu yang dituntut
Cuba pelbagai pintu 'tuk masuk namun...
Takde satu jalan pun yang terbuka
Apakah kebarangkaliannya aku ada peluang?
Cuma harap di universe ini aku dapat succeed
Mahu jadi starseed tapi hidupku masih stasis
Statik shockkan mentalku cetuskan kecelaruan keresahan
Jatuhkan keyakinanku 'til takde harga
Ya Alim, aku ingin bertanya
Adakah laluan ku ambil ini adalah yang benar?
Apakah mimpi itu petanda yang Dikau kurniakan
Atau permainan syaitan yang hendak menyesatkan?
Oh Tuhan, tolonglah
Tunjukkan jalannya
Sekiranya ia nyata
Bukan mainan tidur saja
Realiti menampar aku macam Will Smith
Di depan khalayak aku dipublic shaming
Terkejut kan tiba-tiba je dah dua puluh lima?
Tapi usia yang diberi bagai disia-sia
Kau masih bukan sesiapa dalam masyarakat
Cuma orang biasa yang takde sapa pandang
Bengang dihina yang sebaya 'cause kau belum berjaya
Padan muka! Tulah cerminan kau yang paling ketara
Biarkan mainan tidur mainkan diri kau lagi
Sampai kau terperangkap dalam imaginasi
Dihanyut arus angan-angan hingga kau tenggelam
Bila nafas sudah tersekat baru nak tersedar
Suku hayat kau ibarat twenty-five to life
Lebih baik mati gantung diri dari try'na survive
Bet kalau kau ada chance untuk dilahirkan semula
Tapi riwayat kau pertaruhkan pun takleh guna (spit)
Oh Tuhan, tolonglah
Tunjukkan jalannya
Sekiranya ia nyata
Bukan mainan tidur saja